SEPTEMBER 2023

Empat KIK Kementerian Sumber Asli Dan Pembangunan Bandar Sarawak Terpilih Ke Beijing


KUCHING: Empat Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) jabatan dan agensi Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar berjaya terpilih ke Konvensyen Antarabangsa Ke-48 mengenai Kawalan Kualiti 2023.

Pertandingan peringkat antarabangsa itu  akan diadakan di Beijing, China pada 30 Oktober hingga 2 November depan. 

Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, dua kumpulan terbabit dari Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak iaitu Sassoku Tech dan Vtech- 12.

"Satu kumpulan dari Jabatan Hutan Sarawak iaitu Boorneensis-2, dan satu Kumpulan dari Sarawak Timber Industry Development Corporation (STIDC) iaitu Sharks," katanya di Majlis Penutupan KIK Kementeri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak 2023 di sini, hari ini.

Awang Tengah sehubungan itu berharap kumpulan terbabit beroleh kejayaan yang cemerlang dan terus menjadi pemacu dalam pembudayaan inovasi dan kreativiti penjawat awam Sarawak.

Beliau turut menggesa semua jabatan dan agensi termasuk kementerian itu untuk menghantar sekurang-kurangnya satu kumpulan KIK bagi majlis konvensyen terbabit pada tahun hadapan.

Sumber dari : Jiwa Bakti